Cari Blog Ini
Isnin, 24 Jun 2013
Masalah dalam bercinta?
Adakah anda mengalami masalah bercinta atau anda suka seseorang tetapi malu hendak luahkan? hehe... inilah caranya untuk menyelesaikan masalah anda. Siapakah pencipta kita? jangan terkejut bila saya tanya soalan ini cuma jawab je. sekali lagi, Siapakah pencipta kita? dan jawab soalan seterusnya. Siapakah yang mencipta orang yang anda suka? ya, tepat sekali! Pencipta kita ialah Allah S.W.T.. Kalau kita suka seseorang mintalah kepada Allah. Contoh doa ' Ya Allah, aku tahu engkau maha mengetahui. Ya Allah, jika dia ialah jodohku, maka eratkanlah kami pada hari yang tepat. Ya Allah, sekiranya dia bukan jodohku maka hilangkanlah perasaan suka ini Ya Allah. Berikanlah aku jodoh yang terbaik dan jauhkanlah aku dari maksiat dan zina. Amin '. benda simple ini selalu kita lupa kerana kita hanyut dalam arus dunia yang deras. Nak sesuatu minta pada yang satu agar dipermudahkan sesuatu perkara. Insyaallah, Allah akan beri yang terbaik untuk kita dan ingat jangan putus cable(hubungan) dengan Allah. Mudah-mudahan segala urusan anda akan dipermudahkan oleh Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan