Cari Blog Ini

Khamis, 21 November 2013

Hukum panjangkan seluar atau kain di bawah buku lali

Assalamualaikum
Saya nak memberitahu anda mengenai isbal
"Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.

Rasulullah SAW bersabda:

“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).


Sila ambil perhatian bab pemakaian sebab umat islam sekarang ini anggap perkara demikian remeh temeh saja.

Kalau mengikut pandangan Admin, jika panjangkan seluar atau kain di bawah buku lali, berkemungkinan besar bahagian lebihan tersebut akan terkena najis atau segala kotoran. Hal ini menyukarkan lagi untuk melakukan solat.