Assalamualaikum, apa khabar? dah solat ke belum? cukuplah soalan ni kalau tanya banyak-banyak marah. Hehe.......
Hari ini saya ingin memberitahu sesiapa yang membaca post ini bahaya islam semakin lama semakin runtuh. Runtuh dari segi akidah, ibadah, syariat, dan lain-lain. Islam hari ini sanggup menghina saudara sendiri demi kepentingan diri. sebagai contoh, parti A dan parti B sanggup bertikam lidah sesama sendiri untuk mendapat jawatan kerajaan dalam sesebuah negara.
pernahkah kamu melihat kesusahan rakyat Palestin yang hampir setiap hari mereka terseksa dari segi kebuluran, kesakitan, dan gangguan emosi. kenapa kita tidak membantu mereka sedangkan duit kita berlambak. kita disini hanya duduk goyang kaki sedangkan nyawa mereka mungkin sesaat lagi mereka akan mati.
Ingat tak pada masa silam dulu walaupun dah jadi sejarah kita mesti belajar dari sejarah. pada tahun awal ke 19 empayar osmaniah musnah akibat umat islam sendiri tidak bersatu padu untuk menentang tentera kuffar laknatullah. ketika itu ada yang beragama islam tetapi pembelot islam. Sistem kalifah dimusnahkan, kilafah-kilafah dirampas harta dan dibuang negeri.
sejak daripada itu islam tidak lagi mengikut sistem kalifah kerana kalifah sudah dibuang negeri. islam hanya mengikut sistem pemerintahan mengikut akal fikiran sahaja. kesannya kamu boleh lihat sekarang. di Turki sesiapa yang memakai tudung akan disaman dan ditahan.
sejak kemenangan orang kafir, mereka bergabung dengan orang yahudi dan membenarkan orang yahudi membuka negeri di Palestin. akibatnya sekarang ini kamu boleh lihat di kaca tv.
bangunlah wahai muslim bangun,
ya, kita memang sudah kalah pada suatu ketika dahulu tetapi adakah kamu terima kekalahan kita ini dan menjadikan ketua kamu ialah orang kafir. usah berjalan di bumi sendiri seperti lembu dicucuk hidung, hidup bak melukut di tepi gantang, kita dilahirkan mulia maka hidup mulia mati juga sebagai mulia kita perlu bangkit bersama berjuang bersama usah duduk diam lagi kerana kita semakin lama semakin dihina oleh mereka. biar seribu musuh dihadapan kita serbu bak badai menggila.
apa yang kamu takutkan lagi buang sifat wahn(cinta akan dunia) kamu tu, biar kita mati sebagai pejuang jangan hidup bernafas sebagai petualang.
itu sahaja perkongsian saya assalamualaikum.