Cari Blog Ini

Khamis, 21 November 2013

Hukum panjangkan seluar atau kain di bawah buku lali

Assalamualaikum
Saya nak memberitahu anda mengenai isbal
"Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.

Rasulullah SAW bersabda:

“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).


Sila ambil perhatian bab pemakaian sebab umat islam sekarang ini anggap perkara demikian remeh temeh saja.

Kalau mengikut pandangan Admin, jika panjangkan seluar atau kain di bawah buku lali, berkemungkinan besar bahagian lebihan tersebut akan terkena najis atau segala kotoran. Hal ini menyukarkan lagi untuk melakukan solat.


Isnin, 19 Ogos 2013

Angkara syiah

angkara syiah syria jatuh, angkara syiah mesir jatuh, angkara syiah masa depan islam gelap........ syiah diasaskan oleh yahudi untuk memusnahkan islam dari dalam. syiah sekarang ini cuba seludup masuk ke Malaysia. tetapi selagi kita bersatu, selagi itu islam Malaysia akan kukuh. jadi bersatu kita teguh bercerai kita roboh. ingat itu rakyat Malaysia. Jangan sampai syiah buat kita macam di syria tu.

Selasa, 9 Julai 2013

Selamat Datang Ramadan

Bulan ramadan bukan sahaja menyuruh kita berpuasa, malah menyuruh kita memperbanyakkan ibadah sunat dan memantapkan ibadah sunat. Tahukah anda? dalam bulan ramadan ada satu malam iaitu malam lailatul qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. subhanallah, tidak sangka ada 1001 perkara yang mendatangkan pahala kepada kita. marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah kepada Allah dan mengurangkan melalukan perkara yang makruh dan tinggalkan terus perbuatan dan perkara yang haram.

Isnin, 24 Jun 2013

Masalah dalam bercinta?

Adakah anda mengalami masalah bercinta atau anda suka seseorang tetapi malu hendak luahkan? hehe... inilah caranya untuk menyelesaikan masalah anda. Siapakah pencipta kita? jangan terkejut bila saya tanya soalan ini cuma jawab je. sekali lagi, Siapakah pencipta kita? dan jawab soalan seterusnya. Siapakah yang mencipta orang yang anda suka? ya, tepat sekali! Pencipta kita ialah Allah S.W.T.. Kalau kita suka seseorang mintalah kepada Allah. Contoh doa ' Ya Allah, aku tahu engkau maha mengetahui. Ya Allah, jika dia ialah jodohku, maka eratkanlah kami pada hari yang tepat. Ya Allah, sekiranya dia bukan jodohku maka hilangkanlah perasaan suka ini Ya Allah. Berikanlah aku jodoh yang terbaik dan jauhkanlah aku dari maksiat dan zina. Amin '. benda simple ini selalu kita lupa kerana kita hanyut dalam arus dunia yang deras. Nak sesuatu minta pada yang satu agar dipermudahkan sesuatu perkara. Insyaallah, Allah akan beri yang terbaik untuk kita dan ingat jangan putus cable(hubungan) dengan Allah. Mudah-mudahan segala urusan anda akan dipermudahkan oleh Allah.

Jumaat, 7 Jun 2013

ungkapan Albert Einstein

Di sebuah sekolah, seorang guru sedang mengajar anak muridnya. Guru itu pun berhujah, beritahu kepada anak didiknya: 'jika Tuhan menciptakan segalanya, maka Tuhan juga menciptakan kejahatan'.

salah seorang murid pun bangkit dari meja belajarnya, lalu dia bertanya kepada gurunya ' adakah sejuk itu wujud'.
cikgunya menjawab 'itu pertanyaan bodoh, sudah tentu ada'
diamenjawab soalannya sebentar tadi' salah, sejuk itu tiada. ia boleh dirasai apabila ketiadaan haba. adakah gelap itu wujud?'
cikgunya menjawab ' sudah tentu ada'
dia pun menjawab ' salah, gelap tidak wujud. ia terjadi apabila ketiadaan cahaya. Maka Tuhan hanya menciptakan kebaikan. kejahatan itu wujud apabila tiada tuhan di hati kita'

nak tahu murid itu siapa
murid itu adalah Albert Einstein

Ahad, 12 Mei 2013

SINOPSIS DIARI SURVIVOR

cerita penuh akan keluar dalam 5 bulan lagi ( dari 12/5/13)

kalau mahu sinopsis sila download di http://hugefiles.net/jrnj48gm9oss

semoga berjaya.

Khamis, 9 Mei 2013

Tahukah anda!

macam mana nak tahu itu ada bulu babi? ha ini lah masanya untuk kita tahu kerana mingkin ada orang yang akan kenakan kita nanti. caranya anda kena ambil kanta pembesar agar dapat dilihat dengan lebih jelas. lepas tu anda perhatikan di hujung bulu itu. kalau ada cabang, sah la itu bulu babi tetapi anda perlu perhati dengan betul kerana cabang ini sukar dilihat. untuk maklumat lanjut sila tanya di Jabatan JAKIM di http://www.islam.gov.my.

Isnin, 8 April 2013

Islam kian musnah!

Assalamualaikum, apa khabar? dah solat ke belum? cukuplah soalan ni kalau tanya banyak-banyak marah. Hehe.......

Hari ini saya ingin memberitahu sesiapa yang membaca post ini bahaya islam semakin lama semakin runtuh. Runtuh dari segi akidah, ibadah, syariat, dan lain-lain. Islam hari ini sanggup menghina saudara sendiri demi kepentingan diri. sebagai contoh, parti A dan parti B sanggup bertikam lidah sesama sendiri untuk mendapat jawatan kerajaan dalam sesebuah negara.

pernahkah kamu melihat kesusahan rakyat Palestin yang hampir setiap hari mereka terseksa dari segi kebuluran, kesakitan, dan gangguan emosi. kenapa kita tidak membantu mereka sedangkan duit kita berlambak. kita disini hanya duduk goyang kaki sedangkan nyawa mereka mungkin sesaat lagi mereka akan mati.

Ingat tak pada masa silam dulu walaupun dah jadi sejarah kita mesti belajar dari sejarah. pada tahun awal ke 19 empayar osmaniah musnah akibat umat islam sendiri tidak bersatu padu untuk menentang tentera kuffar laknatullah. ketika itu ada yang beragama islam tetapi pembelot islam. Sistem kalifah dimusnahkan, kilafah-kilafah dirampas harta dan dibuang negeri.

sejak daripada itu islam tidak lagi mengikut sistem kalifah kerana kalifah sudah dibuang negeri. islam hanya mengikut sistem pemerintahan mengikut akal fikiran sahaja. kesannya kamu boleh lihat sekarang. di Turki sesiapa yang memakai tudung akan disaman dan ditahan.

sejak kemenangan orang kafir, mereka bergabung dengan orang yahudi dan membenarkan orang yahudi membuka negeri di Palestin. akibatnya sekarang ini kamu boleh lihat di kaca tv.

bangunlah wahai muslim bangun,
ya, kita memang sudah kalah pada suatu ketika dahulu tetapi adakah kamu terima kekalahan kita ini dan menjadikan ketua kamu ialah orang kafir. usah berjalan di bumi sendiri seperti lembu dicucuk hidung, hidup bak melukut di tepi gantang, kita dilahirkan mulia maka hidup mulia mati juga sebagai mulia kita perlu bangkit bersama berjuang bersama usah duduk diam lagi kerana kita semakin lama semakin dihina oleh mereka. biar seribu musuh dihadapan kita serbu bak badai menggila.

apa yang kamu takutkan lagi buang sifat wahn(cinta akan dunia) kamu tu, biar kita mati sebagai pejuang jangan hidup bernafas sebagai petualang.

itu sahaja perkongsian saya assalamualaikum.

Isnin, 25 Mac 2013

99 nama-nama Allah



mulakan hari anda dengan menyebut asma ul-husna. Insyaallah segala urusan anda akan dipermudahkan.

AYAT AL- QURAN YANG MUJARAB UNTUK MENGHALAU JIN DAN SYAITAN

Antaranya ialah

ayat kursi (surah Al-Baqarah ayat 255)

empat qul( surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas dan Al-Kafirun)

Khamis, 28 Februari 2013

Kebaikan Solat Berjemaah

Assalamualaikum (sila jawab bagi yang sedang membaca post ini)

hari ini admin hendak berkongsikan sesuatu yang menarik. yang apa? yang menarik!
hari ini admin hendak menceritakan tentang solat berjemaah. Hah, solat berjemaah!!!!!!!!
ya solat berjemaah. admin nak ceritakan kebaikan solat berjemaah kalau cakap nanti syaitan masuk
saf kita itu dah tahu dari darjah satu lagi. tapi admin nak ceritakan yang lebih dahsyat. Hah dahsyat!!!!!!
ya dahsyat. baiklah admin akan ceritakan.

kajian ini telah dijalankan oleh beberapa saintis di dunia ini yang mendapati bahawa apabila solat berjemaah secara tak langsung cas-cas dalam badan kita akan bertukar kepada badan orang lain. Wah!!! apa yang berlaku? yang akan berlaku ialah selepas solat kita akan rasa lebih bertenaga dan segar. kalau tak perasan cubalah disurau tetapi ada syaratnya. Syaratnya, apa Syaratnya! Syaratnya ialah kamu sebagai makmum mestilah betul-betul rapat dengan orang sebelah bahu bertentang bahu kaki rapat dengan kaki jangan fikirkan sempit. memang anda akan rasa sempit. kalau orang sebelah tidak mahu rapat dengan anda ceritakanlah tentang kebaikan solat berjemaah ini kepada orang sebelah. setiap perintah Allah ada hikmahnya. sekian itu sahaja cerita saya.

Bagi sesiapa yang baca post ini saya galakkan anda untuk copy and paste post ini admin tak kisah janji kebaikan ini boleh dikongsi kepada semua umat islam.

itu sahaja daripada admin jika ada kesalahan harap dimaafkan kerana admin ini seorang manusia yang sentiasa melakukan kesilapan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Rabu, 9 Januari 2013

BERSYUKURLAH APA YANG KITA MILIKI

STUDENT LIFE

SEANDAINYA RASULULLAH MASIH ADA, INGIN SEKALI AKU BERJALAN DI SAMPINGNYA


ABU HURAIRAH R.A. MERIWAYATKAN :
 
" saya tidak pernah apa pun yang lebih indah dari Rasulullah s.a.w., seolah-olah matahari beredar di wajah baginda. saya juga tidak pernah melihat seseorang yang jalannya lebih cepat daripada Rasulullah s.a.w., kami harus memaksa diri (untuk berjalan seperti itu) dan baginda tidak peduli ( terhadap rasa lelah kami)"

(Riwayat Tirmizi,ahmad,Abu Syaikh dan Ibnu Sa'd)


ALI BIN ABI THALIB MERIWAYATKAN :

"Disini aku menggambarkan karakteristik fizikal Rasulullah s.a.w.: Rasulullah s.a.w. berjalan dengan mengangkat kaki, seakan-akan beliau akan menuruni tanah yang landai"

(Riwayat Tirmizi,Ibnu sa'd,dan Baihaqi)


ALI BIN ABI THALIB MERIWAYATKAN :

"Apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, tubuh baginda tegap, seperti sedang menuruni tanah yang landai."

(Riwayat Tirmizi dan Hakim)

Pesan imam as-Syafi'e tentang bida'h

Bida'h terbahagi kepada dua iaitu :

1. Bida'h yang baik (tidak menyesatkan/memesongkan akidah)
2. Bida'h yang tidak baik (mensyirikkan allah/merosakkan akidah)

Ya Allah, tunjukkanlah kami hati-hati kami kejalan ketaatan kepadamu

HADITH :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, HENDAKLAH BERKATA BAIK DAN DIAM. SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, HENDAKLAH MENGHORMATI JIRAN TETANGGANYA. DAN SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, HENDAKLAH MENGHORMATI TETAMUNYA." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)